Buku Ini sejarah kita by Thoriq Ahmad

Ini sejarah kita

Oleh        : Thoriq Ahmad

     Seringkali pemahaman ‘jahiliyah yang sempit’ digunakan untuk menyalah tafsirkan perkataan jahiliyah yang terdapat dalam teks atau bahan kita. Sedangkan jika kita berbalik melihat peradaban lain sebelum perutusan Nabi Muhammad saw., ada sesuatu yang sebenarnya cuba disembunyikan oleh orientalis daripada masyarakat dunia kerana peradaban jahiliyah datuk nenek mereka sangat dahsyat berbanding ‘masyarakat Arab jahiliyah’ yang sering menjadi tumpuan.

     Persoalannya mengapa para sarjana barat tidak mengkategorikan peradaban silam mereka sebagai peradaban silam yang buruk dan tidak bermoral? Kenapa mereka tidak mewujudkan istilah ‘Rom Jahiliyah’ atau ‘Parsi Jahiliyah’ menggantikan istilah era permulaan atau perkembangan awal
 mereka? Inilah salah satu daripada usaha mereka untuk menjatuhkan moral kaum muslimin dan merendah-rendahkan kita.

     Mari kita perhatikan belenggu Tamadun Jahiliyah yang ada di sekeliling bangsa Arab. Sepintas lalu, dapat kita katakan bangsa-bangsa yang hidup di sekitar tanah Arab sebelum Islam juga berada dalam jahiliyah yang dahsyat. Dunia pada ketika itu dikuasai oleh dua kuasa besar iaitu Parsi dan Rom, kemudian diikuti pula dengan Greek dan India.

     Pemerintah dan pembesar Parsi pada keseluruhannya menganut agama Majusi (Zuradisy). Antara ajaran dalam agama ini adalah menggalakkan penganut lelakinya berkahwin dengan ibunya, atau anak perempuannya atau adik beradik perempuannya. Maka tidak hairanlah apabila Emperor Yazdarij
II yang memerintah dipertengahan abad kelima Masihi berkahwin dengan anak perempuannya sendiri!
Bukan setakat itu, malah Al-Imam Al-Shahrastani dalam kitabnya yang berjudul Al-Milal Wa Al-Nihal menyatakan, terdapat antara ajaran agama Mazdak yang menyebut bahawa kebebasan pemilikan kaum wanita tiada hadnya. Begitu juga dengan kebebasan menggunakan harta benda dan seterusnya menjadikan wanita dan harta benda sebagai kepunyaan dan hak milik bersama, tidak ubah seperti air, api dan rumput di mana semua manusia boleh berkongsi tanpa sekatan.

 Seruan ini telah mendapat sambutan hangat dari kalangan mereka yang berhaluan demikian. Parsi pada waktu itu sememangnya dipenuhi dengan kekalutan yang dahsyat dalam agama mahupun falsafah yang pelbagai. Ini menjadikan keadaan masyarakatnya jauh terpesong dari norma kemanusiaan.



Download     : Ini Sejarah kita

Via        : Google Drive